Berhabuk sakan gua punya blog nih. Tak ada masa nak update. Maklomlah dah kawen. Punya tanggungjawab. Busy bebeno. Bhahaha geli okay geli. Gambar kahwin pun tak payah upload. Penat. Hahahaha
Bulan puasa, bulan paling baik. Semuanya yg baik-2 sahaja. Dalam bulan ni, doalah apa sahaja yg kamu semua mahu. In shaa Allah, Allah dengar. In shaa Allah, Allah makbulkan. Sabar okay sabar. Itu kuncinya.
Gua dan suami gua every lepas solat, tak pernah henti doa mohon zuriat. Tak henti. Zuriat yg selama ini kami tunggu-2. Yg selama ini menjadi tanda tanya semua orang yg membuatkan kami bingit untuk menjawab.
Alhamdulillah, di bulan baik ini. Allah dengar dan Allah makbulkan doa kami. Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih, Allah.
Cerita dia macamni....
Gua balik kerja pergi pharmacy then beli pregnancy test. Time tu nekad je nak check. Gua check pas sampai rumah, kencing keempat (hahahaha). Lepas titik air kencing, gua tak pandang pun, buat-2 busy basuh toilet. Sekali gua pandang....
DOUBLE LINE!!!!!!!!
"Ya Allah Ya Allah betul ke ni. Ya Allah betul ke ni". Memang tak dapat bayangkan menggigilnya gua time tu. Happy sangat. Syukur sangat. Tak dapat nak bayangkan happy nya gua masa tu. Allahu Akbar. Allah maha besar, Sampai sekarang masih tak percaya dengan result tu. Eksaited!
But that time gua tak bagitahu pun kat hubby gua. Sebab dia kata dia dah belikan gua pregnancy test. So gua tunggu bangun sahur baru check lagi.
3.00am
Bangun sebab tak tahan nak terkucil then gua check sekali, resultnya pun sama DOUBLE LINE. Ya Allah happynya.
3.30am
Turun bawah amek makanan bawak naik bilik. Lapar teramat sangat.
4.30am
Kejut hubby. Dia marah kenapa bawak makanan atas katil. Hahahaha slumber jawab "gegurl lapar". Gua bagi kotak pregnancy test yg dia beli tu then suruh dia bukak sendiri. Dia tengok belek-2 (ntah paham ke idak dia tu ahahaha). "Betul ke ni sayang? Betul ke?". Terus dia nanges. Huuu sedih gua. Dah besar-2 pun nak nanges. Tak malu!
Then, hubby sembahyang sujud syukur dan kami pun bersahur. Alhamdulillah. Terima kasih, Allah. Terima kasih.
"Krokk krokk" perot gua tengah nyanyi-2 kelaparan ni. Ishhhhhh
![]() |
| Belanja gambar sikit. Maaplah kalau ada bau hancing hahahahaha |
Ini a.k.a hadiah anniversary kami bulan lapan nanti. Boleh eh? Hehehehehehe


