-Andainya lelaki tahu .. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu .
-Andainya lelaki tahu .. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu . Lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh . Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku .
-Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas , tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat .